Thursday 14 April 2011

Uji Minda - Kenali Malaysia



Kenali Malaysia




Selangor Darul  __________________
Negeri Sembilan Darul ____________
Pahang Darul  ___________________
Perak Darul _____________________
 ______________________ Darul Naim
______________________ Darul Aman
______________________ Darul Iman
Johor Darul _____________________
Perlis  _________________________
Pulau Pinang  ___________________
Melaka ________________________
Sabah_________________________
Sarawak _______________________
Wilayah Persekutuan :-
à
à
à
Anda dikehendaki mencari jawapan dan menghantarkannya kepada cikgu C.Vivekananthaa melalui e-mel cikguviv@gmail.com

Thursday 7 April 2011

Mari belajar Pantun Teka-teki (cuba teka jika bijak)

Belayar perahu dari Berandan,
Menuju arah Selat Melaka,
Lebar kepala dari badan,
Apakah itu cubalah teka?


Burung Nuri Burung dara,
Terbang ke sisi taman kayangan,
Cubalah cari wahai saudara,
Makin diisi makin ringan.


Ambil betik potongkan pisau,
Buah Masak pokoknya rendah,
Kecil-kecil berbaju hijau,
Sudah besar berbaju Merah.



(anda dikehendaki membaca pantun kepada rakan anda atau adik-beradik atau ibu bapa anda untuk memperoleh jawapan pantun teka-teki ini)
                                                                  

Monday 4 April 2011

Berfikir Sejenak Bersama Cikgu Fiza

Bahasa Sopan
Pada hari ini apa yang ingin saya kongsikan kepada kalian ialah mengenai bahasa sopan.  Seperti biasa setiap hari Selasa saya akan makan di luar. Apa yang ingin saya katakan di sini ialah penggunaan bahasa yang sopan. Berikut merupakan perbualan di antara saya bersama seorang pelayan di salah sebuah restoran.
            Pelayan: Encik hendak makan apa?
            Lelaki: Nasi goreng kampung satu.
Pelayan: Minum?
            Lelaki: Milo suam ye
            Pelayan: kakak nak makan apa?
            Saya: (sambil terkejut) nasi goreng kampung juga.
            Pelayan: minum kak?
            Saya: air suam.
            Pelayan berlalu pergi.
Apakah ciri-ciri bahasa sopan? Bahasa sopan ialah menggunakan dua ciri yang ketara. Pertama, ia menggunakan bentuk sapaan yang padan dengan orang yang ditegur atau dilawan cakap. Kedua, ia menggunakan peringkat atau taraf bahasa yang sesuai dengan konteks percakapan. Dengan kata lain menggunakan bentuk bahsa hormat apabila mahu menghormati orang yang dilawan cakap. Berdasarkan peristiwa ini, pelayan restoran ini menggunakan bentuk sapaan hormat Encik apabila bertanya kepada pelanggan lelaki. Apabila dia bertanya kepada saya sebagai pelanggan wanita dia, pelayan ini mengubah bentuk sapaan hormat itu dengan bentuk sapaan keluarga kakak. Perbuatan pelayan ini tidak menghormati pelanggan wanita, walaupun bagi dia, itulah tanda  hormat.

Sunday 3 April 2011

Latih Tubi 3 (KOMSAS)

Pilih jawapan yang sesuai;

1. Mengapakah Ahmad sering dimarahi oleh Cikgu Harun?
    A Ahmad tidak menjawab soalannya
    B Ahmad tidak memakai kasut sekolah
    C Ahmad memakai seragam sekolah yang lusuh
    D Ahmad tidak mendengar arahannya.

2. Bagaimanakah perasaan Ahmad ketika dimarahi oleh Cikgu Harun?
    A sakit hati
    B sedih dan malu
    C takut dan bimbang
    D marah dan berdendam

3. cerita Kasut Kelopak Jantung bermula dengan peristiwa
    A Ahmad dimarahi oleh Cikgu Harun kerana tidak memakai kasut sekolah
    B Cikgu Harun menerima bungkusan pada Hari Guru
    C Cikgu Harun mengimbas kembali kenangan ketika dia mengajar
    D Cikgu Harun bertemu dengan bekas anak muridnya, Ahmad di surau.


rujuk nota cerpen "Kasut Kelopak Jantung" untuk menjawab soalan ini sekiranya anda menghadapi kesulitan menjawabnya.

Friday 1 April 2011

"ketahui Kata Nama"

3 golongan Kata Nama:
A) Kata Nama Khas - ialah kata nama yang merujuk nama orang, tempat, benda, bangsa, bahasa. 
Diawali dengan huruf besar.
                                 - contohnya, Ali,Pak Belang,Ipoh

B) Katan Nama Am  - ialah kata nama yang umum, tidak merujuk nama-nama khusus yang boleh merujuk benda hidup dan tidak hidup
                                 - contohnya, bapa, polis, kuda, pokok, ketua.

C) Kata Ganti Nama - kata yang dapat menggantikan kata nama manusia.
     - terbahagi kepada 3 ( ganti nama diri orang pertama, ganti diri orang kedua dan ganti diri orang ketiga)
                                 - Ganti diri orang pertama- saya, aku, beta, hamba, 
                                 - Ganti diri orang kedua   - anda, awak, engkau, kalian
                                 - Ganti diri orang ketiga   - ia, dia, beliau ,mereka

(Latihan pengukuhan: Bina satu ayat pendek bagi memperlihatkan penggunaan Kata Nama Khas, satu ayat pendek bagi penggunaan Kata Nama Am dan satu ayat pendek bagi penggunaan Kata Ganti Nama)