Monday, 28 March 2011

Cerpen Kasut Kelopak Jantung

Cerpen Kasut Kelopak Jantung

Sinopsis
Pada setiap kali tiba tarikh 16 Mei, Cikgu Harun pasti menerima bungkusan hadiah yang telah diduga  kandungannya. Hadiah sepasang kasut yang mahal dan berjenama yang di terima pada Hari Guru itu menyebabkan Cikgu Harun teringat akan zaman awal-awal menjadi pendidik di sebuah kampung di kawasan pedalaman.
            Pada suatu pagi, kesabarannya diuji oleh seorang murid yang bernama Ahmad kerana tidak memakai kasut ketika berada di sekolah. Kemarahan Cikgu Harun memuncak apabila ahmad tidak memakai kasut ketika bersenam. Cikgu Harun yang hilang kesabarannya itu mengambil kelopak jantung pisang yang gugur di tepi pagar lalu mengarahkan Ahmad memakainya dan mengikatnya dengan tali rafia yang diambil oleh Ahmad dari kantin. Cikgu Harun juga berpesan kepada Ahmad supaya  tidak menanggalkan kasut itu sehinggalah dia membeli kasut sekolah. Walaupun Ahmad berasa malu diejek oleh kawan-kawan dan berasa kurang selesa, dia tetap  memakainya menurut perintah Cikgu Harun. Sejak hari itu, Ahmad tidak bersekolah. Cikgu Harun berasa insaf atas tindakannya. Oleh sebab berasa bersalah, Cikgu Harun ke rumah Ahmad. Cikgu Harun disambut oleh ibu Ahmad. Ahmad tiada di rumah kerana mengambil upah memetik cili di kebun sayur. Tidak beberapa lama kemudian, Cikgu Harun ternampak akan kelibat Ahmad di belakang rumah. Dia menangis kerana kasut kelopak jantung masih terlekat pada kaki Ahmad. Cikgu Harun bergegas ke pekan berdekatan untuk membeli sepasang pakaian sekolah dan sepasang kasut. Cikgu Harun meyerahkan baju dan kasut sekolah itu kepada Ahmad dan berpesan kepada Ahmad supaya ke sekolah semula.
            Selepas 30 tahun bersara sebagai pendidik, anak muridnya Ahmad tetap menghadiahkan Cikgu Harun sepasang kasut baharu. Ahmad sering menyatakan bahawa keikhlasannya mengenang jasa Cikgu Harun yang mendidiknya menjadi seorang insan yang berjasa. Kini, Ahmad memegang jawatan pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka di bandar.

Tema
Tema cerpen ini ialah tanggungjawab seorang guru terhadap muridnya dan kesusahan hidup murid-murid di kawasan pedalaman dalam menempuh alam persekolahan.

Persoalan
1)      Seorang murid perlu mematuhi arahan guru.

2)      Kesusahan hidup masyarakat di kawasan pedalaman.

3)      Menghargai jasa-jasa guru

4)      Keprihatinan seorang guru terhadap kesusahan muridnya.

5)      Kesusahan hidup bukanlah halangan untuk menuntut ilmu. 
      
      Nilai



1)      Baik hati
Cikgu Harun membelikan Ahmad sepasang kasut dan juga baju sekolah.

2)      Kesungguhan
Ahmad belajar dan bekerja dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya.

3)      Mengenang jasa
Ahmad membalas jasa Cikgu Harun dengan menghadiahkan sepasang kasut pada setiap sambutan Hari Guru.

4)      Berdikari
Ahmad mengambil upah memetik cili di kebun sayur untuk membantu keluarga.

5)      Ketaatan
Ahmad mentaati perintah Cikgu Harun supaya memakai kasut kelopak jantung itu sehingga dia membeli kasut sekolah.


(sumber: Komsas Antologi Kasut Kelopak Jantung Tingkatan 1)

Perbincangan
1)      Huraikan persoalan-persoalan yang terdapat dalam cerpen “ Kasut Kelopak Jantung” berserta contohnya sekali.

2)      Huraikan secara terperinci mengenai watak dan perwatakan Cikgu Harun dan Ahmad dengan memberikan contoh  sesuai yang terdapat dalam cerpen Kasut Kelopak Jantung.

3)      Bina lima pengajaran berdasarkan nilai-nilai yang telah diberikan.

Sunday, 27 March 2011

KOMSAS TERKINI

JUDUL BUKU TEKS BAGI TINGKATAN 1 TAHUN 2010.
BIL
NOVEL
ZON
1
Hikmah ( Mohd Faris Ikmal )
Zon 1
Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak.
2
Sukar Membawa Tuah ( M.Z. Erlysha )
Zon 2
Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan.
3
Bukan Duniaku (Aida Shahira )
Zon 3
Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan
4
Istana Menanti (Abd. Latip Talip )
Zon 4
Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.


JUDUL KOMSAS TINGKATAN SATU TAHUN 2010
GENRE
JUDUL
Puisi Tradisional
Pantun Dua Kerat ( Nasihat )
Pantun Empat Kerat ( Agama )
Pantun Empat Kerat ( berjimat-cermat)
Pantun Empat Kerat ( Teka Teki )
Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah
Syair Kemangkatan Sultan Sulaiman
Sajak
Kita Kian Lupa
Lebah dan Madu
Hari Akhir Persekolahan
Jangan
Diari Lama
Asap
Prosa Tradisional
Taju’l Muluk
Hikayat Marakarma
Budi Seorang Bapa Angkat
Cerpen
Kasut Kelopak Jantung
Tempang
Tukang Lama
Yuran
Trauma Embah
Sepucuk Surat daripada  Kawan
Drama
Surat untuk Ina
Arah ke Mana
Mendung Hitam Beralih Jua

Saturday, 26 March 2011

slot santai 1 : "Berfikir sejenak"


Berfikir sejenak: mengapakah ini terjadi?
Berikan pendapat anda dan berbincanglah mengenai isu ini sesama rakan.

Tuesday, 22 March 2011

Latih tubi 2 bahagian 2 (surat)

Anda telah mengetahui cara menulis sepucuk surat. Anda dikehendaki menulis sepucuk surat kepada rakan anda yang berada di Melaka untuk mengucapkan tahniah kepadanya, di atas kejayaannya memperoleh 9A dalam peperiksaan Sijil Penilaian Menengah (SPM) baru-baru ini.


* hantar jawapan anda di alamat email cikgu : noridayu_upsi@yahoo.com.my

Monday, 21 March 2011

Latih tubi 2 (Bahagian 1)

Pilih jawapan yang tepat.
1.    Omar sedang bersiul semasa Cikgu _________ namanya.
A menyeru                                         C merayu
B memanggil                                      D mencatat

2.    Tragedi itu ________ banyak nyawa.
A menyakiti                                        C mengorbankan
B memukau                                        D memalu

3.   Amran yang dilanggar oleh lori itu _________ kesakitan.
A mengadui                                        C mengantuk
B meraung                                          D merasa

4.   Menteri ________hadiah kepada pemenang.
A mengutip                                        C memohon
B menyerahkan                                  D membelikan


Sunday, 20 March 2011

Latih tubi 1 (bahagian 2)

Senaraikan kata sifat yang anda temui selepas menonton video ini bagi watak yang terdapat di dalam cerita tersebut.
sifat  Putih:
1.
2.
3.
sifat Merah:
1.
2.
3.

Latih tubi 1 (bahagian 1)

Pilih kata sifat yang betul dan senaraikan jawapan anda.

                                  
Pendek   sedih   gemuk   wangi   sedap    cantik   bising    jahat
                


   
Ibu Ali sangat___1_____. Anaknya yang____2____tetapi masih belum balik. Pagi tadi anaknya itu berbaju_____3______dan berbau ____4____.dia risau anaknya itu berkawan dengan kumpulan budak______5___dan selalu membuat___6_____di dalam kelas. “tak guna aku memasak makanan yang___7____kalau anakku tidak ada,” katanya.

Friday, 18 March 2011

Bimbingan Mencoret Surat Kiriman Tidak Rasmi & Surat Kiriman Rasmi

PENULISAN


Nota Bimbingan Surat Kiriman Tidak Rasmi

1.      Surat kiriman tidak rasmi bersifat peribadi. Contohnya surat kiriman ini dikirimkan kepada rakan-rakan, ibu bapa, saudara-mara dan sebagainya.
2.      Ada beberapa jenis surat kiriman tidak rasmi, misalnya :
a)      Surat bertanya khabar.
b)      Surat tahniah
c)      Surat takziah
3.      Semasa menulis surat kiriman tidak rasmi ini, seelok-eloknya gunakanlah bahasa yang mudah tetapi tepat   dan padat.
4.      Tulis setiap isi dalam satu perenggan.
5.      Rumusan surat anda hendaklah berisi ucapan salam dan doa kepada penerima.
6.      Akhiri surat anda dengan kata-kata “Yang Ikhlas” atau “Dari sahabatmu yang jauh” dan sebagainya.

Contoh
Guru anda sedang melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi. Anda telah menerima surat daripadanya dan dia ingin mengetahui tentang perkembangan sekolah anda sekarang. Cuba anda balas suratnya.
                                                          
                                                                                           Lot 17,
                                                                                           Taman Bahtera,
                                                                                           35900 Tanjong Malim,
                                                                                           Perak Darul Redzuan.
                                                                                           29 Jun 2010.

Kehadapan : Cikgu Nor Hafiza Bt Abd Rahim
            Menemui Cikgu Nor Hafiza yang kini berada di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak dengan segala suka citanya mengucapkan selamat sejahtera.

Cikgu,
            Saya serta rakan-rakan yang lain sihat. Saya berharap bagi pihak cikgu berlebih-lebih lagi hendaknya. Surat cikgu telah saya selamat terima tempoh hari. Terima kasih atas ingatan cikgu terhadap kami. Saya tidak menyangka akan kehadiran surat daripada cikgu itu, kerana hampir setengah tahun cikgu meninggalkan kami tanpa mengirimkan sebarang berita. Kami maklum dengan tugas cikgu itu. Walau bagaimanapun, kami berasa amat gembira menerima khabar daripada cikgu.

            Cikgu dalam surat minggu lepas telah meminta saya menyatakan perubahan di sekolah kami, dalam surat ini saya akan menyatakan perubahan-perubahan yang telah berlaku di sekolah kami. Terdapat beberapa perubahan berlaku di sekolah ini. Bangunan lama yang terletak berhampiran dengan asrama sekolah ini terlah dirobohkan dan bangunan baru akan didirikan tidak lama lagi. Bangunan baru ini dibina bertujuan menampung para pelajar yang semakin meningkat bilangannya pada setiap tahun. Kawasan di sekeliling sekolah ditanam dengan pokok-pokok bunga, sungguh cantik pemandangannya. Kami telah memenangi hadiah dalam pertandingan kebersihan antara sekolah-sekolah di daerah ini.

            Persatuan Bahasa dan kebudayaan yang diasaskan oleh cikgu telah menunjukkan kemajuan. Persatuan ini telah menjadi johan dalam pertandingan perbahasaan yang diadakan dua hari yang lepas. Lagu asli pula mempu menduduki tempat ketiga, walaupun kami telah berusaha dengan tekun tetapi nasib tidak menyebelahi kami. Prestasi sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum juga amat mengalakkan.

            Setakat ini sahaja dan saya sudahi dengan salam hormat, semoga cikgu akan berjaya mengejar cita-cita. 

                                                                                                           Muridmu,

                                                                                                           Tan boon
                                                                                                      ………………





Nota Bimbingan Surat Kiriman Rasmi

1.      Surat kiriman rasmi formal sifatnya dan tidak berkaitan dengan hal-hal peribadi.
2.      Di antara beberapa contoh surat kiriman rasmi ialah :
a)      Surat Permohonan
b)      Surat pesanan
c)      Surat aduan/bantahan
d)     Surat rayuan
e)      Surat saringan
3.      Anda haruslah menggunakan bahasa baku berserta ejaan dan tanda bacaan yang betul.
4.      Catatkan nama dan alamat si pengirim di sebelah kiri surat.
5.      Buat satu garisan panjang yang melintang. Tulis nama dan alamat si penerima di sebelah kiri surat.
6.      Tarikh surat ditulis di sebelah kanan, sebaris dengan baris akhir alamat penerima.
7.      Kata penghadapan – Tuan/Puan ditulis di bawah alamat penerima.
8.      Tajuk surat ditulis di bawah kata penghadapan dengan langkau dua baris dan garis.
9.      Isi surat mengunakan nombor 2, 3,4 dan seterusnya (isi pertama tidak perlu dinomborkan).
10.  Rumusan surat anda hendaklah diakhiri dengan ucapan terima kasih, harapan anda dan sebagainya.
11.  Akhiri surat anda dengan kata-kata “Yang Benar” atau “Yang menjalankan tugas”.
12.  Tandatangan surat anda dan tulis nama anda (di dalam kurungan) serta pangkat atau jawatan yang dipegang di sebelah kiri surat anda.

Contoh
Perpustakaan awam di tempat anda sudah tidak dapat memenuhi kehendak penduduk tempatan. Tulis sepucuk surat kepada pihak berkenaan mengadu tentang perkara itu.

Yati bt. Ismail
1-3-1(A), 
Taman Arked,
35900, Tanjong Malim,
Perak.
______________________________________________________


Yang Dipertua,
Majlis Daerah Tanjong Malim,
35900 Tanjong Malim, 
Perak.                                                                           10 OGOS 2011.

Tuan,

Aduan Tentang Perpustakaan Awam yang Serba Kekurangan
Merujuk perkara di atas, saya ingin membuat aduan tentang masalah yang dihadapi oleh perpustakaan ini.

2.         Perpustakaan awam ini telah berusia lebih kurang tiga puluh empat tahun dan didirikan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Perpustakaan ini telah banyak berjasa kepada penduduk tempatan. Malangnya, sejak kebelakangan ini didapati perpustakaan ini tidak dapat berfungsi seperti yang diharapkan. Ini bukan kerana tiada sebarang pembaharuan dilakukan, tetapi kerana penyalahgunaan oleh segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab.

3.         Kebanyakan bahan bacaan terlalu lama. Terdapat juga bahan-bahan bacaan yang telah koyak dan sistem ejaannya tidak mengikut bahasa baku. Hal ini mungkin mengelirukan para pembaca. Selain itu, bekalan majalah dan surat khabar amat berkurangan.

4.         Keadaan di dalam perpustakaan juga tidak teratur. Terdapat sampah-sarap merata-rata di bawah meja dan kerusi, meja diconteng, rak-rak buku tidak disusun dengan rapi dan buku-buku dicampuradukkan dengan majalah. Hal ini sudah tentu menyukarkan para pembaca untuk memilih buku yang hendak digunakan. Ahli pustakawan tidak mengambil berat terhadap mereka yang membuat bising. Ini sudah tentu menganggu ketenteraman pembaca lain. Kadangkala, ahli pustakawan ini membuat kerja sendiri seperti mengait atau berbual-bual kosong dengan temannya.

5.         Oleh itu, saya berharap pihak tuan memandang berat tentang masalah yang timbul dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Sekian, terima kasih.

Yang Benar
                      yati
………………………….
  (YATI BT. ISMAIL)

Wednesday, 16 March 2011

Asas Pengetahuan Tatabahasa Bahasa Melayu

Bahasa Melayu mengandungi empat golongan kata, empat bentuk kata dan empat pola ayat yang wajar diketahui oleh penuntut bahasa ini khususnya pelajar sekolah menengah.

Empat golongan kata:-
a) Kata Nama
b) Kata Kerja
c) Kata Adjektif
d) Kata Tugas

Empat bentuk kata:-
a) Kata Tunggal
b) Kata Terbitan
c) Kata Ganda
d) Kata Majmuk

Empat pola ayat:-
a) FN + FN
b) FN + FSN
c) FN + FA
d) FN + FK